FANDOM



Sistem Kehadiran Pelajar Berasaskan Biometrik dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ini dibangunkan sebagai alternatif bagi membantu menguruskan maklumat sistem kehadiran pelajar di sekolah. Ini kerana kaedah merekod kehadiran yang digunakan kini adalah secara konvensional dimana pada setiap hari persekolahan guru kelas akan memanggil dan mencatat kehadiran pelajar ke dalam buku rekod kehadiran. Oleh itu, dengan adanya sistem ini, ianya dapat membantu pihak sekolah, terutama guru- guru kelas mencatatkan kehadiran pelajar. Bukan itu sahaja, dengan adanya sistem ini juga, kes pelajar ponteng sekolah yang semakin meningkat dapat dikurangkan serta para ibubapa dapat memantau pergerakan anak- anak mereka ke sekolah. Walaupun ramai ibu bapa yang menghantar sendiri anak mereka ke sekolah, mereka masih lagi tidak dapat memastikan dengan tepat bahawa anak-anak mereka berada di sekolah sepanjang tempoh persekolahan. Terdapat juga pelajar yang melarikan diri dari sekolah pada waktu pembelajaran. Berikutan masalah-masalah yang dihadapi menerusi kaedah dalam sistem konvensional, pengurusan kehadiran dan pemantauan pelajar tidak dapat dilaksanakan dengan cekap.

File:Senibina.png
This article uses material from the Wikipedia article 1.1 Penyataan Masalah, that was deleted or is being discussed for deletion, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.
Author(s): I Jethrobot Search for "1.1 Penyataan Masalah" on Google
View Wikipedia's deletion log of "1.1 Penyataan Masalah"
Wikipedia-logo-v2

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.